Wednesday, 3 April 2013

2.3 Juta Pemilih Baharu....Pilih BN dan UMNO

2.3 juta Pemilih Baharu mampu tentukan kerajaan.

Seramai 2.3 juta atau 21.69% daripada keseluruhan 13,291,385 orang yang layak mengundi pada PRU 13 merupakan pemilih baharu yang akan mengundi buat julung kalinya tahun ini.
Berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan suku keempat 2012 hampir 42% atau 5,564,131 daripada pengundi muda berusia bawah 40tahun dan merupakan pemilih yang layak mengundi. Daripada jumlah itu, 3,024,909 atau 22.76% merupakan mereka yang berusia antara 30 hingga 39 tahun manakala 19.1% (2,539,222) lagi berada dalam lingkungan umur 21 hingga 29 tahun.

MM percaya kelompok ini merupakan kelompok pemilih yang tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak yang memperjuangkan manisfesto yang tidak relevan pada mereka. Ini kelompok terpelajar dan kelompok yang banyak menyokong perjuangan UMNO dan BN, sah BN akan terus memegang tapuk pemerintahan yang lebih cenderung kepada kebajikan golongan ini. Tidak mustahil golongan ini lah yang akan membantu BN dan UMNO untuk melumpuhkan segala agenda PR dengan memastikan undi mereka terus bersama BN dan UMNO. Selogan yang BN dan UMNO bawakan "golongan muda sokong BN" amatlah tepat dan disenangi oleh golongan ini. Mereka percaya dengan kekuatan BN dan UMNO dalam memperjuangkan nasib golongan muda.

Disini kita tidak sama sekali melupakan golongan yang lebih hebat dan lama dalam bidang politik, golongan ini yang berada dalam linkungan umur 40-an (21.85%),50-an (18.39%),60-an (10.73%),70-an (5.24%) 80-an (1.58%) dan 90-an (0.35%) merupakan peneraju dan tiang kukuh kepada pemerintahan BN dan UMNO kerana mereka telah lama merasai penderitaan dibawah rejim-rejim tangan asing dan era sebelum kemerdekaan. Kita tidak sama sekali akan mengabaikan kebajikan golongan ini kerana kita sering kali menggutamakan kebajikan  dan pandangan golongan ini yang turut sama menyumbang kepada keamanan dan kemajuan negara kita Malaysia.

Jika mengikut pecahan golongan pengundi baharu disetiap negeri Selangot merupakan negeri yang paling ramai pengundi baru iaitu 2,051,708, penambahan 486,214 (31.06%) berbanding 2008. Ini diikuti negeri Johor (1,608,326),Perak (1,409,772),Sarawak (1,086,191),Kedah (1,043,281),Sabah (982,311) dan Kelantan (920,433). MM percaya peningkatan pengundi baharu di negeri Selangor adalah berdasarkan kesedaran yang timbul ekoran dari ketidakpuasan dengan pentadbiran PR yang dikatakan mempunyai banyak masalah "dalaman" sehinggakan kebajikan dan tanggungjawab serta janji yang ditaburkan pada PRU 12 hanyalah ibarat "sembang kedai kopi" yang tidakn pernah ditunaikan oleh PR.

MM percaya PRU13 merupakan kebangkitan yang baharu dari pengundi yang sedar akan perlunya memberi sokongan sepenuhnya kepada BN dan UMNO. Kita tunggu apa yang akan pemilih baharu ini mahukan. Dalam fikiran MM hanya satu tumbangkan PR..

Bertemu kembali...


No comments:

Post a Comment